>>> : Laman Utama arrow FASILITATOR

Perunding Latihan & Motivasi PDF Print E-mail

FADZLI YUSOF Image

Hj Ahmad Fadzli Yusof adalah Master Trainer di RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja). Beliau adalah pengasas Strategi SuperStudy yang menggabungkan teknik NLP, LoA, Accelerated Learning, dan ESQ.

Kelayakan Profesional :

  • Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) Florida.
  • NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP)
  • Certifed NLP Practitioner (International Society of Neuro Semantic)
  • Certified Practitioner of Hyphotherapy and Time Lines (ISNS)
  • Certified Practitioner of Neuro Semantic (ISNS)
  • Certified Profesional Trainer Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
  • Alumni ESQ 165 (Leadership-MCB)
  • Alumni Law of Attraction (LoA) oleh Micheal J. Losier
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan pensyarah undang-undang UiTM.

Kelayakan Akademik : Mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.

Penulisan Motivasi : Sudah menghasilkan 30 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM). Sudah lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.

Pengalaman Profesional : Sepanjang penglibatan dalam bidang latihan, beliau telah mengendalikan banyak sessi yang melibatkan peserta daripada pelbagai latar, samada dari sektor kerajaan, mahupun swasta. Antaranya ialah seperti Petronas Methanol Sdn Bhd, Petronas Penapisan Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, fmBrunei Group, PNB, FELCRA, RISDA Plantation, RISDA Espek, INTAN, Proton, RapidKL, Punca Niaga, Perodua, MAIS, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri Brunei, UKM, UPM, UTHM, UIAM, UMP, dan banyak lagi. Beliau juga adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).

Penampilan Media : Beliau juga sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri. Antara penampilan beliau ialah sebagai penceramah Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Hujung Minggu Malaysia (RTM), Malaysia Hari Ini TV3, Astro AWANI, Segmen Remaja IKIM.fm, U Remaja TV1, Inspirasi Radio Nasional.fm, Selamat Pagi Malaysia Stylo RTM,  Keluarga Bahagia RTM , Anggun Bergaya RTM,  Dian Ilmu RTM, Respon RTM, klip Motivasi Radio 24, klip Motivasi Radio Traxx.fm, dan banyak lagi. Di media cetak; Dara, Nur, Majalah i, Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian, Pa & Ma, Sukses, dan Sinar Harian. Beliau juga adalah kolumnis tetap majalah Solusi dan eSiswa.

Image
Image
Image

BUKU TULISAN FADZLI YUSOF
Berikut adalah antara buku-buku yang ditulis oleh Fadzli Yusof dan rakan-rakan. Ia telah mendapat sambutan yang hebat dan lebih 100,000 naskhah telah terjual di pasaran : 

Image

 

AMIN IDRIS  Image

AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Beliau merupakan ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) – Sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai oleh pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.

Kelayakan Akademik : Merupakan lulusan pengajian Undang-undang (LL.B Hons) di Universiti Islam Antarabangsa kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah, Pasir Pekan dari tahun 1994 hingga 1998

Pencapaian Semasa : Beliau merupakan CEO merangkap perunding latihan, penulis dan penceramah di Amin Idris Training Consultant. Beliau berpengalaman sebagai seorang penulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa, PDA Mesyuarat Berkesan dan Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya. Beliau juga bergiat aktif sebagai Penolong Setiausaha dan juga Ketua Biro Penyelidikan & Pembangunan kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Penampilan Media : Amin Idris terlibat dengan TV Pendidikan sebagai penulis skrip selain menjadi pengacara sambilan di rancangan-rancangan TV Pendidikan di TV9. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai pengacara sambilan di RTM 1 (antaranya ialah Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 dan Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa kali ke-50 tahun 2008). Beliau juga menjadi jemputan beberapa stesen radio Traxx.fm (frekuensi 90.3) bagi menyampaikan tazkirah Bahasa Inggeris di radio Traxx selain menjadi tetamu bualbicara di Radio 24 (frekuensi 93.9)

 

HJ. ABDUL RAZAK ABDUL MUTHALIB Image

Hj. Abdul Razak Abdul Muthalib merupakan perunding latihan dan motivasi di RK Training dengan Pengkhususuan dalam bidang Motivasi dari Hadis dan al-Qur’an.

Kelayakan Akademik : Beliau memiliki Sarjana Muda Kepujian Ilmu Wahyu & Sains Politik, kemudian menjadi antara 6 orang pelajar Malaysia yang dipilih untuk mengikuti pengajian di Institute for Training of Imams and Preachers, Muslim World League, Saudi Arabia. Semasa di sana, beliau berjaya menduduki top 5 daripada keseluruhan pelajar yang mewakili negara masing-masing. Beliau kemudian menyambung pengajian di peringat Sarjana (Master) di UIA, dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

Pencapaian Semasa : Beliau telah menulis 5 buah buku iaitu Resipi Kejayaan Untuk Remaja (2004), Resipi Kejayaan Untuk Pengawas (2005), Resipi Kejayaan Untuk Ketua Biro (2006), Resipi Kejayaan Untuk Bendahari (2006) dan Panduan Dan Asas (PDA) Mengurus Masa (2006). Beliau juga telah menghasilkan puluhan artikel dan kertas kerja dan sebahagiannya pernah disiarkan di akhbar Utusan Melayu dan Majalah i, terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.
selain itu, beliau juga terlibat dengan panel penterjemah (Bahasa Arab – Bahasa Melayu) di bawah Syarikat Karangkraf. Panel penterjemah ini telah berjaya menghasilkan terjemahan koleksi fatwa hukum hakam Islam daripada para ulamak. Pada tahun 2007, pihak Open Universiti Malaysia (OUM) telah melantik beliau sebagai penulis modul untuk program baru yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian, untuk subjek ‘Ulum al-Quran & ‘Ulum al-Hadith. Beliau banyak memenuhi jemputan ceramah dan mengendalikan program-program latihan di peringkat belia dan remaja.