|
RK TRAINING & MANAGEMENT telah ditubuhkan pada tahun 1999 dengan nama Albasuti Training Consultant dengan tujuan untuk menawarkan khidmat latihan profesional untuk para pelajar, belia dan remaja; terutama sekali di sekolah dan IPT. Pada tahun 2005, namanya telah ditukar kepada RK Training & Management, bersempena dengan munculnya 15 judul buku Resipi Kejayaan (RK) tulisan para trainer kami. Kami telah menjalankan program di ratusan buah sekolah dan IPT, dengan puluhan ribu pelajar yang telah menyertainya. Program utama RK Training ialah Program Motivasi Belajar SuperStudy. Ia adalah program motivasi dan teknik belajar yang mudah, praktikal dan seronok untuk disertai. Banyak komen dan testimoni yang kami perolehi daripada para guru, ibubapa dan peserta tentang Program SuperStudy setelah melihat perubahan positif yang di luar jangkaan mereka sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Motivasi SuperStudy, sila KLIK DI SINI. |
|